Karnival Matematik Math@USM 2025
Karnival Matematik Math@USM 2025 kembali dengan pelbagai pertandingan menarik yang menggabungkan kreativiti, komunikasi, dan pemikiran kritis dalam dunia matematik.
Antara aktiviti utama:
- 3 Minutes Research – Pelajar prasiswazah & pascasiswazah menyampaikan penyelidikan mereka dalam masa 3 minit dengan cara mudah difahami.
- Debat Matematik – Pertandingan debat gaya Parlimen untuk pelajar sekolah menengah, membincangkan isu-isu semasa berkaitan matematik.
- Lumba Teroka Matematik – Aktiviti penerokaan berasaskan tugasan matematik untuk sekolah rendah & menengah.
- Pertandingan Reka Cipta Geometri – Pelajar menghasilkan reka bentuk kreatif berasaskan konsep geometri menggunakan perisian khas.
- Pidato Matematik – Pertandingan pidato bertemakan matematik untuk pelajar menengah, mengasah keyakinan & komunikasi.
- Kuiz Pantas Matematik – Kuiz interaktif individu untuk murid sekolah rendah, menguji pengetahuan asas & IQ matematik secara pantas.
Karnival ini bertujuan memupuk minat terhadap matematik melalui pendekatan yang menyeronokkan, interaktif, dan berimpak tinggi, sesuai untuk semua peringkat pelajar.
Math Carnival Math@USM 2025
Math@USM 2025 returns with a variety of exciting competitions combining creativity, communication and critical thinking in the world of mathematics..
Exciting highlights include :
- 3 Minutes Research – Undergraduate & postgraduate students present their research in 3 minutes in a fun & engaging way.
- Mathematics Debate – Parliamentary-style debate for secondary students, tackling current issues related to mathematics.
- Mathematics Exploration Race – Challenge-based adventure activity for primary & secondary students.
- Geometry Design Competition – Students create innovative designs based on geometric concepts using digital tools.
- Mathematics Speech Competition – A platform for secondary students to deliver inspiring math-themed speeches.
- Quick Math Quiz – A fast-paced interactive quiz for primary school students testing basic math knowledge & IQ.
The carnival aims to spark a love for mathematics through activities that are fun, interactive, and impactful , suitable for students of all levels.
